Tahun 2022 dimulai dengan pembukaan outlet ketiga Kafe Richiamo di bawah Projek Keusahawanan Sosial, Unit Perkhidmatan OKU UITM - Richiamo Coffee Sdn Bhd.
    .
    MoU sudah dimeterai pada Feb 2021, dan MoA sudah mendapat kelulusan daripada pihak atasan UITM:
    .
    ✅ 40% pekerja Richiamo Coffee di ketiga-tiga outlet adalah OKU/B40
    ✅ Latihan pengendalian makanan, Barista dan keusahawanan PERCUMA kepada OKU
    ✅ % keuntungan disumbangkan ke Tabung Cakna OKU UiTM
    ✅ Kerjasama strategik antara UPO UiTM - Richiamo Coffee dari semasa ke semasa bagi pemerkasaan OKU
    .
    Sehingga kini, 5 OKU telah diambil bekerja (2 OKU Pembelajaran dan 3 OKU Fizikal) di ketiga-tiga outlet ini. Dan jumlah akan bertambah dari masa ke semasa InsyaaAllah.
    .
    Ini adalah hasil kerja keras semua warga Unit Perkhidmatan OKU UiTM yang sentiasa tunduk mengakar perjuangan Cakna OKU.
    .
    Serta tidak dilupa kesungguhan dan sokongan berterusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM yang Prihatin dalam agenda pemerkasaan dan pemberdayaan OKU.
    .
     

    CONTACT US

    Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM)
    Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA

    40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
    Malaysia

    Email : upo@uitm.edu.my

    Tel : +603-5543 5063

    Fax : +603-5543 5063