Siapakah yang layak untuk menerima manfaat Tabung Cakna OKU UiTM?

     

    Berikut adalah Syarat Umum dan Syarat Khas manfaat bantuan alat tiruan/sokongan, bantuan terapi/rawatan serta lain-lain keperluan semasa buat warga OKU UiTM (tertakluk kepada jumlah baki terkumpul semasa):

     Syarat Umum:

     1. Warga OKU UiTM:

    • Mahasiswa OKU (sepenuh masa dan separuh masa)
    • Staf OKU (berstatus tetap / kontrak)
    • Staf yang mempunyai tanggungan OKU (anak/pasangan/adik-beradik yang menetap sebumbung dan bergantung penuh kepada staf)

     2. Mempunyai kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun sekiranya baru menjadi OKU, perlu mengemukakan laporan penuh perubatan.

     3. Perlu berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM. ( Cara Daftar OKU UiTM)

     
    Syarat dan Terma Khas:

    Bil

    Perkara

    Jumlah Maksimum Peruntukan(RM)

    Terma dan Syarat

    1.

    Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dan lain-lain keperluan semasa

    1,000.00


    Syarat khas mahasiswa
    :

    Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh pengajian

    Syarat khas staf OKU dan staf mempunyai tanggungan OKU:

    Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh perkhidmatan

    2.

    Bantuan rawatan dan terapi

    1,000.00


    Syarat khas mahasiswa
    :

    Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh pengajian

    Syarat khas staf OKU dan staf mempunyai tanggungan OKU:

    Terhad kepada RM1000.00 sepanjang tempoh perkhidmatan

    CONTACT US

    Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM)
    Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA

    40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
    Malaysia

    Email : upo@uitm.edu.my

    Tel : +603-5543 5063

    Fax : +603-5543 5063